Monday, February 16, 2015

How I missed my life this year

Assalamualaikum semua..

Sedih sangat

Sedihnya

Sedih



Ok dah tak sedih


^__^

Aku sedih sebab tahun ni tak mula tulis pon belog kesayangan aku ni

Banyak yang dah berlaku tahun ni tapi terlupa nak share iaitu:

1. Tak leh bagitau
2. Ha teka la
3. Eish mana boleh cakap


Haha jangan la marah

Ok aku nak share haritu 9 hb 1 aku dan suami pergi Hokkaido...

Hokkaido macam yang korang tau, tempatnyea sejuk. Selalunya paling sejuk di Jepun. Jadi sebab kami pergi time Januari yang sememangnya waktu winter. Kami agak cari pasal ye di situ.
Jadi kami pun sediakan la baju2 untuk pergi sana.

Baju si dia sikit je ulang pakai je tak peluh pun.

Baju si aku. Baju aku sikit je ok baju si dia tu nampak je sikit tapi lagi banyak dari aku ok.

Ni keperluan bila nak ke tempat sejuk ok 
Glove yang ada bulu bawah kiri sekali tu aku punya haaa itu gunanya untuk menggumpalkan snow yang bakal anda jumpai dan kepal dan baling atau buat snow men. Kalau bawa seperti dua yang di atas tu sahaja maksudnya anda hanya boleh tengok je snow2 tu tanpa dapat main sebab maksudnya snow yang anda sentuh akan meresap masuk ke jari anda sebab glove tu basah selepas terkena snow.

Pastikan juga anda membawa glove yang boleh touch screen phone anda -  kalau tak macamna nak selfie dalam snow?!

Plastik merah tu bukan keropok kentang atau apa2 yang boleh dimakan. Ianya adalah heat pad yang berguna untuk disimpan di dalam baju untuk panaskan badan anda. Kalau korang nak melancong, tak payah la beli heat pad kt Malaysia ye sebabnye kat Malaysia mahal. Beli aja dari negara yang korang nak melancong tu sebab harganye lebih murah sebab biasala dah satu keperluan kan.


Flight kami pagi esoknyea pukul 6.30 pagi 10 hb tapi sbb takut tak sempat kejar bas pagi, kami pon plan tidur di airport huhu. Ala backpacker sangat kan.

Beg kami
Dalam beg ni ada bekal yang kami dah sedia bawa incase lapar kat airport nanti. Ada nasi ayam, salad, roti telur dengan air teh. Haha cekal kan kami ni berembiang bawak bekal macam la nak pi jauh sgt.

Kami pon bergerak ke stesen naik train lepas dinner. 


Tambang bas ke Narita tu sepatutnya 1000yen tapi kalau tempah siap2 dapat discount ye dan anda akan dilayan seperti VIP dimana anda akan didahulukan berbanding orang lain yang dah sampai dulu tapi tak tempah tiket siap2. Ye kalo nak naik bas ni boleh je kalo tak beli lagi, anda boleh bayar bila naik bas nanti. Jangan risau nangis2 ye.


So kami pon naik train bergerak ke Tokyo di mana kami akan naik bas dari stesen Tokyo ke Narita airport. 

Tiba2 suami dapat email dari phone dia...

.
.
.
.


Ok dah

Haha lain hari aku cerita sampai ke tak kami ke airport tu hehe. Alaaa jangan la majuk hihi see ya.


Sebelum tu kita tunjuk dulu tambang perjalanan kami part 1 hii


Tambang perjalanan ke airport 1440 yen :
1. Tama center ke Tokyo : 540 yen (Train)
2. Tokyo ke Narita Terminal two : 900 yen (Bas)


p/s : Baju yang kat dalam pon jangan lupa bawak tau. Maksud aku inner layer lah mcam baju inner and legging supaya bertambah layer untuk cold protection.