Saturday, February 26, 2011

kris rob rob kris

Assalamualaikum!
Tadi dok librari aku dok pikiaq video apa aku nk download arini
huh! dok librari patut pikiaq benda yang nak kena baca la! bukan hiburan..
heish dok mana pon sama ja aku ni

jadi setelah aku berpikir dengan dalamnya aku telah berjaya membuat keputusan di sebelah sya yang masa tu tengah sibuk belajar untuk download video pelakon kegemaran aku di dunia!!

Kristen Stewart

Robert Pattinson


Yeah!!

First time tengok twilight aku dah melekat and asyik ulang ntah brapa kali tapi tak pernah jemu langsung!!
Oh stephanie Meyer! Hebat jugak hang ni yea..
Stephanie Meyer adalah penulis buku Twilight Saga ni yea..(Tolong jgn cakap tak pernah dengaq twilight!)

Okay takmau cerita tentang Twilight ni..

Aku nak cerita tentang betapa bahagianya aku bila tengok video Kristen Stewart and Robert Pattinson yang aku baru ja download ni..Banyak Gila!!(5) tapi puaih gila aku tengok ulang2 

aku suka tengok duadua ni btoi!

Tengok depa dua ni aku rasa sangat bahagia..




Harap sangat depa dua ni kapel luaq filem..





Please be together Kristen and Robert! 


Get married please and do not divorce!





Sekali lagi aku nak ulang yang aku sangat bahagia bila tengok Robert dan Kristen pandang satu sama lain dan bergelak sama-sama..



Bahagia sangat

Bagi aku depa ni macam bidadari dan bidadara haha (fine! kepada yang tak setuju)



twilight satu famili
I AM SO FANATIC!

Tuesday, February 22, 2011

hidup ku

apa hal lak nak cita kisah hidup ku kat korang btoi tak?

aku bukan suka cita kat orang pon kisah hidup aku

tapi

aku dah takda idea!

yang penting jangan buat apa yang aku buat ni






 Huhu bila la nak berubah !!

Saturday, February 19, 2011

anda boleh beranak? mari tengok ini!

assalamualaikum!

sorry atas title entry di atas yang bunyik nyak agak kasaq..
yang tak boleh beranak pon boleh baca jugak jgn malu..
arini entry pendek ja..
kerana saya pandai membahagi masa dengan baik saya tidak boleh tulis panjang2.. 
maafkan saya..

Saya nak berkongsi dengan anda tentang cerita ni 

For Colored Girls




Cerita ni takda action k sya (sya ni suka tgk cita action smpikan walopon cerita tu tak bes asalkan ada secebis action yang cambest pasti akan ditontonnya sepuas hati), tak romantik ya el (u el tak baca blog),takda dong hae yea hana and takda pit k tikah. 

Cerita ni menyentuh jiwa kita sebagai perempuan.

Selalunya bila aku ajak kawan2 tengok cerita kat bilik mesti akan jadi ending dimana kawan2 aku akan tidoq atas katil aku atau cakap "sedap aih cerita ni!takda yang lagi sedap ka?" faham kan maksud aku. Tapi bila tak ajak sibuk ja nak mai dok share kerusi nak tengok skali ..

Tapi tak kira aku still nak kalau boleh perempuan2 di luar sana tengok cerita ni..
Download la kalo nak hehe.
Kalo nak aku ceritakan pon boleh.
Kalo nak aku boleh lakonkan.
Kalo takpon mintak la kat aku bawakla pendrive.
Atau pon mai la tengok bilik aku.

Tengokla cita ni maybe akan wat kita berfikir.
Cerita ni maybe nampak boring but believe me its the demon inside you that wanna stop you from watching this.

Banyak moral values yang boleh kita dapat!

Laki pon boleh dapat moral values jugak ya


p/s: arini rasa menyesai tinggai ktho

Tuesday, February 15, 2011

ha maghah ni maghah ni

salah sikit muka sebek

salah sikit merajuk

salah sikit balas dendam 

where is your inner beauty?

kecantikan perempuan adalah apabila dia boleh senyum walopon yang sebenarnya kalo ikutkan nak ja jerit kat telinga orang yang dia tengah marah tu "bodoh ko tak sedar diri dengaq la cakap aku ^%$&^$$%(perkataan yang tidak comel)!" dengan microphone sampai berdarah telinga orang tu

ha senyum2
 padahai 

halusinasi dalam otak


Sabar okay

manada perempuan cantik nampak cantik masa marah

Perempuan tak cantik bila marah okay(ya ayat yg sama)


ha ghenyeh kn nmpak cantik skit


baiklah aku cuba takmau marah dalam masa 1 minggu (alah kalo marah sapa yang tau)

saya nak jadi penyabar huhu tolong!

Sunday, February 13, 2011

Tips Melancong 1

Taktau nak melancong macammana?
Mari saya ajarkan!

1. Rancang percutian anda bersama rakan2 yang suka melancong(ini penting kerana golongan ini selalunya yang akan bersemangat untuk melancong eg. wana hih)

2. Pastikan pakaian melancong siap dijahit 2 hari sebelum melancong(no last minute shopping kerana cara ini selalunya mendatangkan kerugian masa dan wang ringgit)

3.Pastikan anda ada kamera walopun kamera hp 0.2 mp untuk sesi fotografi di sana

4.Pakai kasut atau selipar yang selesa bagi mengelakkan ketidak selesaan atau pembaziran duit apabila terpaksa membeli selipar baru( eh taklah ajum muna tak cakap kat ajum tau)

5. Boleh pakai kasut yang tidak menyelesakan jika anda memang mahu beli kasut baru di tempat melancong anda itu

6.Pastikan anda mencari tempat money changer yang berlesen serta ada pasang kamera kat tempat tu(bagi mengelakkan penipuan bukan bagi tujuan fotografi)

Haha ini dulu sekarang saya mahu siapkan questionaire saya seperti shashu.
Pastikan anda membaca tips melancong 2 yang seterusnya.

Kita berjumpa lagi!

Thursday, February 10, 2011

oh lupa ka

assalamualaikum!

first time tengok nad tampai kuiz ni kat facebook aku cakap ah! aku mesti boleh punya! Rupa2nya aku pon pelupa huhu

Sekarang cuba korang check tahap alzheimer korang!

cUBA kira berapa F ada dalam ayat di bawah jangan scroll down selagi tak habis kira hokey?


FINISHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...
(SEE BELOW) 













Ada 3 ha...kalau dpat lebih korang memang genius!







Tak!
haha








Ada 6 Sebenaqnya...
Hebatkan betapa senangnya memori kita berpaling daripada kita?(ayat apa ni?)


TAHNIAH pada yang berjaya!

harap2 sampai tua kita macam ni hohaha!



bABai!
p/s: ari ni makan nasi goreng cili padi tapi tak sentuh pon cilipadi what the kan?

Beauty with otakotak


 Assalamualaikum (ya aku tak lupa)

Tadi ada doa tak untuk kawan2 kat mesir?
Takpa2 kalo telupa..
Sekarang cepat Berdoa!!


Ok Baiklah,Result teruk tak exam aritu?
Napa teruk?
O tak sempat belajaq sebab masuk kelab, banyak sangat meeting? Tak sempat stadi untuk tes sebb letih masuk wakil U?Sibuk tengok si Hyun Bin secret garden tu?

Kesiannnn…

Kepala Hot!!

Sapa kata sibuk aktiviti luar tak boleh stadi??(ya ini dialog untuk aku ja sebenaqnya)..(takpa jugak kalo korang nak rasa korang pon sama)

Banyak sangat artis yang kat luar sana yang sangat menarik hati aku untuk kenal depa dengan lebih dekat..Ramai sangat celebrity pompuan kat luar sana yang aku rasa sangat boleh dibanggakan dengan kejayaan depa sebagai seorang wanita..Diantaranya..

  • Hanis Zalikha  (ya I salute u donno y(o u don’t read my blog I fogot))
  • Emma Watson
  • Blake Lively
  • Oprah Winfrey
  • Julia Robert

Ni yang aku boleh ingat sebab setakat ni aku tengok kejayaan depa di intenet majalah n tv. Yang lain mesti banyak lagi Cuma tak da kesempatan nak baca..(sikitnya yang aku kenai upanya)

Lupakan populariti dan kecantikan diorang..
Sekarang aku nak highlight tentang Emma Watson sebab aku suka nama Emma and harap nak letak nama anak aku Emma.(boleh tak sebab  ni?)



Lahir 15 April 1990
Membesar di Perancis sampai umur 5 tahun..
Tapi setelah mak ayah dia bercerai dia dan adik lelaki dia ikut mak dia ke Oxford dimana disitulah bermulanya minat dia terhadap bidang seni. Dia masuk sekolah seni dan belajar menyanyi ,berlakon dan seni. 

Tau kan dia berlakon cerita apa?
Harry Potter

Dengan Rupert Grint main watak Ron 
Dengan Harry Potter tapi napa laki ni pon nampak cantik?




Nilah first filem yang dia berlakon(dan first film yang aku masuk tengok wayang).Kata orang pertama kali dia g temuduga untuk filem tu J.K.Rowling, penulis buku Harry Potter dah berkenan gila dengan dia. 

Filem HP yang first memang sgt boxoffice la kan dan paling hebat jualan untuk 2001. Emma ni semakin laku lepas filem ni tapi dia banyak concentrate untuk filem ni ja dan dia dikatakan stole the show sebab bakat dia berlakon sangat mengagumkan!Semua ni berlanjutan sampai la sekarang Harry Potter7. 

Penggambaran untuk HP dah habis cuma tak ditayangkan ja lagi Part2 HP7. Emma siap cakap lagi dia tak perlu cari duit dah kot and boleh concentrate untuk stadi dia sebab estimate gaji yang dia dapat untuk HP adalah 10juta dollar!(ada plus of course)
Gila kan?(o ok korang pon ada 10juta ye)

Bayangkan dengan semua populariti dia ni,Emma still lagi nak belajar and masuk universiti. 

Sepanjang penggambaran HP semua pelakon penting dikatakan diberi masa belajar selama lebih kurang 5jam sehari dan masa ni digunakan sepenuhnya untuk belajar bagi Emma. Dia ni memang top student dan pelakon lain sangat kagum dengan kehebatan dia sebab bukan ja bagus dalam stadi tapi bersukan pun terer! Siap main hoki and tenis lagi dan sangat terer kata pelakon lain! Peperiksaan yang terakhir dia amek dia dapat 8A* dan 2A mungkin macam SPM kita. 

Katanya dia dapat offer dari banyak universiti termasuk Yale tapi last skali dia pilih Brown U. Tupun dia takmau heboh kat media dan rancang nak buat kejutan tapi terspoil bila ada pelakon tersalah cakap dan bagitau media.

Dikatakan bakal menggantikan Keira Knightley untuk muka Chanel tapi sekarang dia jadi model Burberry.

BURBERRY komersial

Huhu hebatla ko ni Emma.



Emma ni sangat merendah diri cuma dia sukala nak pakai baju yang branded sebab dia mampu kan. Dia cakap dia nak masuk U sebab dia boleh berpeluang ada hidup yang normal dan mempunyai kawan yang ramai sebab dia tau kepentingan hidup bersederhana. Baik kan. 

keluar tak pakai mekap pon

Harap2 ko nampak keagungan Islam wahai Emma ya la ko kan bijak mesti nampak betapa hebatnya Islam! (macam Emma tengah baca ja)


Macammanala Emma boleh uruskan masa dia ? Stadi lagi show lagi macammana la dia buat… Aku takmau pike yang dia gifted ka apaka.Bayangkan, masih lagi boleh kekal humble dengan semua kemewahan yang dia ada. Nak jadi macam ko Emma.(cey ada hati jugak)

Babai heh

p/s kita pon boleh buat punya lah!  aja aja! 

Tuesday, February 8, 2011

mesir oo

assalamualaikum (baru aku sedar yang aku tak pernah bagi salam sebelum ni)

Kali ni entry yang serius! ( yA! tolong jadi serius sekarang!)

Korang tau kan tentang keadaan di Mesir sekarang? (takpa kalo yang tak tau sangat)
Korang boleh tau dengan lebih lanjut lagi kalau korang bace JOMPHP ni.

Sedih sangat sebenaqnya sebab keadaan dunia akan lebih terancam bila mesir ni bergolak salah satu sebabnya adalah bilangan pelajar kita kat sana yang sangat ramai selain daripada jumlah pendududuk Malaysia kat sana yang katanya mencecah 11,000 orang. 
Bayangkan auntie korang kat sana selalunya orang kat sana kan orang baik and tak ke sedeh bila kita kehilangan orang yang baik dalam keluarga kita? 
Think about it my dearest friend!

Korang kenal macammana rupa punca pergolakan ni?
Ni dia Hosni Mubarak..




Rupanya berdasarkan maklumat dia ni dah lama pegang jawatan presiden Mesir semenjak dari tahun 1981 lagi setelah kematian presiden sebelumnya, Anwar Sadat.( Sila jangan pike bukan2)
Dia berkahwin dengan Suzanne kacukan Barat dan ada dua orang anak yang salah satunya dikatakan dilatih untuk jadi pengganti dia. (power crazy man)
Dia ni disokong oleh pihak Israel sebab baik ngan depa ..napa nak baik? boleh faham tak?(emosi di sini)

Tapi macammana pun bersyukur sangat sebab negara kita aman dan ramai pelajar Malaysia yang dah berjaya pulang ke tanah air. Kawan aku, Adil adik dia belajar kat Kairo dan waktu bermulanya rusuhan tu adik dia berada di Alexandria. Syukur adik dia takpapa.



Adik Adil mungkin yang terawal balik. Dengan bayaq tiket sebanyak RM3200 adik dia sampai ke Malaysia. Tapi macammanapun sebab U adik Adil akan still meneruskan pembelajaran seperti biasa adik dia terpaksa balik. Harap dia bersabar sangat sebab sesungguhnya orang yang baik ni sentiasa diuji sebab kekuatan iman dia kan?(wah!)

okay thats it for today entry lupakan tentang perihal artis2 kita yang nora danish tu.. ya saya sokong fasha sandha! 

Ni tanggungjawab kita sebagai umat Islam..
Ingatlah kawan2 kita kat sana yang dok ketakutan..

Tadi ada tengok update katanya wakil Malaysia kata disana keadaaan agak ok..Siap ada stall mamak lagi. Harap2 semuanya semakin pulih.
Check la website Jomphp tadi sangat 
berbaloi-baloi..

Sori sebab tak banyak info tentang si Mubarak tu try klik sini korang akan tau lebih lagi thank u kepada blogger.

Babai !

p/s Takda p/s today hihi

i am stronger than .... i dunno

sedeh..pilu

tulis blog ni adalah sesuatu yang sangat dapat mendisiplinkan kita. Tinggal kejap pon tak boleh rupanya. Bila dah start tinggal kita(ok, aku) akan rasa ah kejap2 satg aku wat entry. Ada tak blogger yang pike tak payah paksa diri wat entry lah. Tulis entry kena ikhlas!

Ada ka eh?
Bila la aku nak rasa mcm julie powell dalam cerita Julie and Julia eh?
"rIght now I am feeling fantastic!"sambil menaip blognya
bila tu!?



 Here I think I had a tip for u(yeah u if ur a blogger,hm not u if ur not but y not)
1.Never ever underestimate the power of procrastination(sikap menangguh)

Bila dah start tangguh otak kita ni akan hantar msg kat seluruh badan untuk jadi terlalu rileks dengan kehidupan.(ada ka ayat ni)
Maksudnya bila kita dah mula menangguh sesuatu kerja tu memori menangguh tu akan terpacul kembali bila kita tepike untuk buat kerja tu keesokan harinya.

So, Baiklah kita perlu sentiasa bersemangat dalam hidup. Bila nak buat something tu trus buat (wat kerja yang baik ofcourse!)  Jangan sesekali cakap "heee satgi lah nak main zuma dulu"( ada lagi orang yang main game ni eh?)

Korang patut tengok cerita ni. Julie and Julia sebab cerita ni memaparkan betapa semangatnya Julie and Julia dalam menempuh hidup diorang. Walopon diorang ada time low tertentu macam rasa down(takpayah explain low tu memang la down), kita kena bersemangat bangun balik ubah hidup.

Ada satu scene dalam cerita ni yang tunjuk cara Julia sangat bersemangat untuk mulakan hidup dia di kala bangun pagi.
"Dear Avis, at 6.30 I leap off the bed." what kind of drug that she is taking? Leap of the bed? Korang boleh bangun tido dan buat macam tu? (oh, boleh eh). 


Nilah salah satu cerita yang selalu aku ulang tengok (hm sppttnya cita ni aku wat shortcut kat desktop) sebab entahlah! (apadia!? nak cerita ceritala btoi2!)

Orang laki mungkin akan mencemuh jika menonton seorang diri tetapi sesekali tidak jika anda menonton dengan yang tersayang.

So sweet gitu cerita ni sebab ada certain scene yang romantika gitu.

Geram la bila pike balik asyik ulang cerita yang sama tapi tak belajar pon moral value ceritanya!

Mak.....
Tiba2 rindu kat mak sebab mak selalu bagi semangat kat rumah dan cerita tentang pompuan2 cantik yang bagi aku mesti salah satu pencetus semangat kat mak sendiri setiap kali mak tak larat. 
Oh mummy u r so strong!

Teringat jugak kat mak tentang intenet sebab mak nampak comel bila surf intenet kat rumah tengok website patches.


uu mami ini strong woman versi melayu


  
ini strong woman versi omputis

Huhu baiklah insyaallah aku akan berubah! (harap sangat ini bukat hot hot deep shit of chicken)

p/s: woman! we are strong!(what kinda p/s is this?!)
p/p/s: Sila jangan menonton cerita julie julia jika anda sedang berpuasa atau berdiet sebab trust me u will be sori hihi