Thursday, February 10, 2011

Beauty with otakotak


 Assalamualaikum (ya aku tak lupa)

Tadi ada doa tak untuk kawan2 kat mesir?
Takpa2 kalo telupa..
Sekarang cepat Berdoa!!


Ok Baiklah,Result teruk tak exam aritu?
Napa teruk?
O tak sempat belajaq sebab masuk kelab, banyak sangat meeting? Tak sempat stadi untuk tes sebb letih masuk wakil U?Sibuk tengok si Hyun Bin secret garden tu?

Kesiannnn…

Kepala Hot!!

Sapa kata sibuk aktiviti luar tak boleh stadi??(ya ini dialog untuk aku ja sebenaqnya)..(takpa jugak kalo korang nak rasa korang pon sama)

Banyak sangat artis yang kat luar sana yang sangat menarik hati aku untuk kenal depa dengan lebih dekat..Ramai sangat celebrity pompuan kat luar sana yang aku rasa sangat boleh dibanggakan dengan kejayaan depa sebagai seorang wanita..Diantaranya..

  • Hanis Zalikha  (ya I salute u donno y(o u don’t read my blog I fogot))
  • Emma Watson
  • Blake Lively
  • Oprah Winfrey
  • Julia Robert

Ni yang aku boleh ingat sebab setakat ni aku tengok kejayaan depa di intenet majalah n tv. Yang lain mesti banyak lagi Cuma tak da kesempatan nak baca..(sikitnya yang aku kenai upanya)

Lupakan populariti dan kecantikan diorang..
Sekarang aku nak highlight tentang Emma Watson sebab aku suka nama Emma and harap nak letak nama anak aku Emma.(boleh tak sebab  ni?)



Lahir 15 April 1990
Membesar di Perancis sampai umur 5 tahun..
Tapi setelah mak ayah dia bercerai dia dan adik lelaki dia ikut mak dia ke Oxford dimana disitulah bermulanya minat dia terhadap bidang seni. Dia masuk sekolah seni dan belajar menyanyi ,berlakon dan seni. 

Tau kan dia berlakon cerita apa?
Harry Potter

Dengan Rupert Grint main watak Ron 
Dengan Harry Potter tapi napa laki ni pon nampak cantik?




Nilah first filem yang dia berlakon(dan first film yang aku masuk tengok wayang).Kata orang pertama kali dia g temuduga untuk filem tu J.K.Rowling, penulis buku Harry Potter dah berkenan gila dengan dia. 

Filem HP yang first memang sgt boxoffice la kan dan paling hebat jualan untuk 2001. Emma ni semakin laku lepas filem ni tapi dia banyak concentrate untuk filem ni ja dan dia dikatakan stole the show sebab bakat dia berlakon sangat mengagumkan!Semua ni berlanjutan sampai la sekarang Harry Potter7. 

Penggambaran untuk HP dah habis cuma tak ditayangkan ja lagi Part2 HP7. Emma siap cakap lagi dia tak perlu cari duit dah kot and boleh concentrate untuk stadi dia sebab estimate gaji yang dia dapat untuk HP adalah 10juta dollar!(ada plus of course)
Gila kan?(o ok korang pon ada 10juta ye)

Bayangkan dengan semua populariti dia ni,Emma still lagi nak belajar and masuk universiti. 

Sepanjang penggambaran HP semua pelakon penting dikatakan diberi masa belajar selama lebih kurang 5jam sehari dan masa ni digunakan sepenuhnya untuk belajar bagi Emma. Dia ni memang top student dan pelakon lain sangat kagum dengan kehebatan dia sebab bukan ja bagus dalam stadi tapi bersukan pun terer! Siap main hoki and tenis lagi dan sangat terer kata pelakon lain! Peperiksaan yang terakhir dia amek dia dapat 8A* dan 2A mungkin macam SPM kita. 

Katanya dia dapat offer dari banyak universiti termasuk Yale tapi last skali dia pilih Brown U. Tupun dia takmau heboh kat media dan rancang nak buat kejutan tapi terspoil bila ada pelakon tersalah cakap dan bagitau media.

Dikatakan bakal menggantikan Keira Knightley untuk muka Chanel tapi sekarang dia jadi model Burberry.

BURBERRY komersial

Huhu hebatla ko ni Emma.



Emma ni sangat merendah diri cuma dia sukala nak pakai baju yang branded sebab dia mampu kan. Dia cakap dia nak masuk U sebab dia boleh berpeluang ada hidup yang normal dan mempunyai kawan yang ramai sebab dia tau kepentingan hidup bersederhana. Baik kan. 

keluar tak pakai mekap pon

Harap2 ko nampak keagungan Islam wahai Emma ya la ko kan bijak mesti nampak betapa hebatnya Islam! (macam Emma tengah baca ja)


Macammanala Emma boleh uruskan masa dia ? Stadi lagi show lagi macammana la dia buat… Aku takmau pike yang dia gifted ka apaka.Bayangkan, masih lagi boleh kekal humble dengan semua kemewahan yang dia ada. Nak jadi macam ko Emma.(cey ada hati jugak)

Babai heh

p/s kita pon boleh buat punya lah!  aja aja! 

No comments:

Post a Comment