Tuesday, November 15, 2016

My graduation lagi?

Hi all of youu

Assalamualaikum

Dah hampir dua bulan aku balik Malaysia.

Macam tak percaya dah tiga tahun aku tinggal di Tokyo.

Pengalaman yang mestila aku takkan lupa kecuali Allah sahaja yang dapat lupakan aku kot2 aku hilang ingatan (ha melalut).

Alhamdulillah aku dah graduate PhD in Tourism Science at Tokyo Metropolitan University di Graduate School of Urban Environmental Sciences selepas tiga tahun.

Share gambaq convocation aku bersama kawan-kawanku tersayang.
(Dari kiri Asyraf, Wani, Kak Huda, Kak Bella, Aqilah, Tehah and Ellida)

Will miss you so much Japan.
Nanti aku share mcm mana nak survive study di Jepun hihi.

Tapi aku leh ajaq cara cakap Jepun kat hampa semua.
Arigatou Gozaimasu

Yala yala yang ni hampa dah tau.

Bye bye Sayonara

Saturday, June 18, 2016

How I missed my life part 2

Assalamualaikum..

Macam tak percaya ja cepat betul masa berjalan dan betapa sikitnya semangat aku menulis untuk belog ni..

Memang hot-hot chicken *&^%..

Okay aku cuba ubah yea.

Lupakan semua yang berlaku yea wahai pembaca2.(Macam ada pembaca je, here I need that monkey covering mouth emoji)

Hari ni tak pergi mana pun, cuma duduk di rumah cuba habiskan summary untuk dihantarkan ke sensei minggu depan.

Hari ni masuk hari ke tiga belas bulan Ramadhan. Cepat nya masa berjalan.

Dalam pukul 11.30 aim aku nak habiskan summary ni. Lepas tu sambung untuk siapkan slide untuk presentation.

Hari Khamis minggu depan ada presentation untuk preliminary defense of thesis, dan aku first presenter. Yeay habis awai boleh rilex awal sambil mengganggu kawan-kawan lain yang belum habis(no popcorn due to the fasting).

Insyaallah nanti aku share macammana cara untuk prepare slides presentation yang berguna hasil daripada komen sensei-sensei aku yang super gils.

Okay peace and smiles you pretty!