Sunday, December 28, 2014

Cak oi

Assalamualaikum semua..

Harini hari cuti aku


Jadi bila cuti adala plan merepek2 aku memandangkan tak da aktiviti dengan kawan2 lain harini

Hari ni plan merepek aku adalah buat cakoi 

Senang ja nak buat cakoi untuk diri sendiri kalo takda niat nak bagi ke jiran atau kawan atau ibu mertua 

Ya, jika perlu bagi ke jiran atau kawan atau ibu mertua haruslah susah kerana tumpuan, ketelitian yang perlu dititikberatkan supaya hasil kerja anda superb lagi sedap lagi nak lagi.

Jadi ini resipi aku campur-campur dari youtube 
( sorryyyy tak ingat siapa punya resipi ~_~) tapi not bad insyaallah

Resipi cakoi ini memerlukan anda menulis dan berfikir 

Lah , sepa lak?

Ha sila tengok


Pertama , bancuh 2 sudu kecil yis anda dengan 1 cawan air suam selama lebih kurang sepuluh minit. Tengok blup blup bubble mesti ada.

Masukkan lima bahan( 5 sekawan) dalam gamba ni bersama

Gaul kan 5 sekawan bersama bancuhan yis tadi pastu letak tepi sat.

Dalam bekas lain ayakkan 4 cawan tepung gandum dan buatkan lubang .

Lubang tu untuk campurkan bancuhan yang letak sebelah tadi 

Gaul menjadi gumpal.
Boleh tambah tepung kalo lembik adunan anda itu.
Ini hasil gumpal setelah berhempas pulas.

Huh!

Lepas tu tinggai dia sat at least  dua jam.
Ha pastu wrap dia ye untuk perlindungan dari luar.

Ni si dia yang ditinggalkan selama 3 jam.

Lepastu amek si dia dan uli lagi.
Buatlah bentuk yang anda sukeee. Aku potong dorang ceni. Buat la line kat tengah tu guna lidi yang di basahkan.
( sori tak amek lak gambaq)
Nampakkan line tu? Stack kan dorang berpasang-pasangan
Jadi la berpasangan ceni


Ini bentuk hatiku untuk si dia yang mithali, Eh

Korang tinggalkan kejap sebelum goreng dalam minyak yang panas.

Yeaaa aku tau cakoi aku gelap sikit.

Janganla tengok lama-lama sangat.
Alaaa sedih hatiku tak jadi bentuk hati sangat.
Bentuk apa ntah.
Tak jadi bagi kat si dia mithali.


 Sajala nak share resipi ni dengan koraaang. Cubala yea. 

Tips goreng takmau hangit 
1. Jangan la goreng dengan api terlalu kuat lepastu pi mop lantai > basuh pinggan > jahit baju > tengok hasil goreng 
( maksudnyea jangan la wat keja lain sangat time tu).
Kalo nak multitasking pun, gunalah api berpada yea. 
Aku tau kita wanita kan multitasker hiii.


Assalamualaikum. 
Thank you sebab bacaaa.

Thursday, December 25, 2014

Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum semua

Dalam kita sibuk bercuti , bergembira makan tidur di rumah
kita janganla lupa kawan-kawan yang dalam kesusahan di Pantai Timur.
Banjir tahap bumbung bukan calang-calang dugaan Allah beri kali ini.
Insyaallah semua dugaan ini ada hikmah yang Allah selitkan.
Taklah diberiNya kesusahan atau dugaan kalau bukan untuk meningkatkan darjat hambaNya.
Aku yakin orang pantai Timur kuat-kuat iman mereka.

Pakcik aku ada sorang kat sana tinggal di Tanah Merah.
Kami satu family ada group chat kami di Telegram.
Tadi sempat dia update gambar peti ais dan mesin basuh dia yang dah terbalik jatuh dalamair bah dalam rumah dia.

Ya Allah sedihnya aku apatah lagi empunya badan.
 .
.
Bertambah sedihnya lagi bila tak lama lepas tu dia terus senyap tanpa khabar berita lebih kurang 8 jam dah.
Mungkin bekalan elektrik untuk charge dah takda buat masa sekarang.
Khabarnyea dia ada di dewan sekolah berdekatan rumah dia.

Jom kita sama-sama doa.

Semoga Allah surutkan air bah di Pantai timur dengan cepat.

Segalanya mudah bagi mu Ya Allah.

Ampunkan dosa kami Ya Allah.

Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum..

Dinner in da houzzzzeee

Assalamualaikum semuaaa..

Haritu ada la sensei aku adakan satu majlis makan bersama Prof aku yang datang melawat


Kami semua satu lab ada jugak la geng yang tak dapat join cubalah beramai-ramai mengumpulkan diri bersama-sama .


Selalu dalam event macam ni, kami akan ramai-ramai masak sama-sama.


Aku ada la bawak rendang aku.


Tohteh tohteh jalan aku dengan suamiku dan kawan-kawanku sampai la kami ke rumah sensei.


Syok dalam event macam ni kita lupakan segalanya dan fokus kepada makanan!


Hik!


Kalau nak tengok gambo sila la ke bawah:



Nabe- ada cendawan suun sayuq and ayam




Ni tiram celup tepung, raw tuna and salmon dan salado ada avokado and air oren


Dumpling atau gyoza yang senang ja nak buat ni kami buat sama2 


Nasi goreng kampong sashimi aka smoked salmon


Sila jangan minum ini jika mahu mabuk


Kek cokolat krismas yang nampak buruk tapi sedapnyeeee 



" Eish btul dia cucuk kat situ "


"Ah sibuk lah die ni pun nak amek jugak"
Mari begambo bersameeee

Alhamdulillah lega dapat lepak beramai-ramai

Berbaloi penantian aku dan zai yang makan donut ja tengahari sebab nak simpan perut untuk makan malam.(strategi 101)

Meh nak share tips berhemah di majlis sensei

1. Bawalah makanan kalau boleh, janganlah datang tangan kosong. (Beli air mineral pun xpeee)
2. Kalau bawa makanan buatan sendiri tu silalah bawa makanan yang anda biasa masak. (Hm ini cakap berdasarkan pengalaman sebab aku pernah bawa makanan yang kureng menjadi sebab first trial hiiii malunye tak terperi)
3. Bersembanglah dengan semua yang ada di parti itu. Ya semua orang! Inilah masanya nak create bonding casual.
4. Jangan la makan banyak sangat wey, ingat kt orang lain same.
5. Sila makan dengan penuh strategi. Jangan minum air dulu, nanti makanan takleh masuk banyak. Minum air segelas je sudeh last2.
6. Bawa phone yang ada kamera atau kamera lebih bagus supaya saat indah tersebut tidak terlepas begitu sajeeee. ( Pastikan ada bateri ofcooursseeee)

Itu sajeeee

Jumpa lagi di lain entryyyy!
Harap-harap tahun depan ada parti lagi hihi.
Aku suka create bonding lah!

Assalamualaikum....

Tuesday, December 23, 2014

Pagi ku yang cepat

Assalamualaikum semuaaaa..

Harini syukur dibangunkan pagi oleh suami mithali yang bertanya, 

"Hmm, lama lagi ke nak tido?"

AAAAA malunyaaa!

Zaaas terus bangun aku sbb malu 

Lalu dapur masuk toilet bersih diri
Masuk balik dapur 

aaaaH lega tengok ada doh donut yang boleh dibuat breakfast pagi ni.

Uli-uli doh tu baru sedar 

alaaaa
Doh dah mengeras sebab cuaca kt rumah aku ni tengah sejuk so outer layer doh aku dah mengeras sikit (*yea kantoi di situ sebab tak cover bekas doh ni betol2)

Jadi tips pertama disini kawan2 sila cover doh anda tidak kiralah doh plastesin sekalipun sila tutup dengan kemas yea bagi mengelak segala benda asing yang boleh mengganggu gugat kestabilan intipati doh anda

Okay back to my doh donut
Takpela dengan apa yang ada aku buat jugak donut dengan membentukkan ianye ke bentuk donut yang comel 
Lepas dah goreng donut tu
Aku pun buat sugar glazed untuk mengilat dan menyedapkan lagi donut aku yang mungkin akan kurang umm sikit dek sebab kekerasan doh tadi huhuk

Cara buat glaze:
Bahan-bahan nye ye adik2 cantik:

Bahan A
1. Gula satu cawan
2. Butter satu sudu besaq
3. Vanilla esen ikut suka
4. Air  panas ikut la yang penting jangan terlalu banyak smpi cair (mungkin letak sikit2 dengan sudu sampai ketahap yang adik2 suke)

Caranya:
1. Kacau semua bahan A sampai larut
2. Siap

Hiiiii
Senang kot!
Haaa acah je buat bahan A tu mana ada perlu bahan B pn

Bahan-bahannyeee


Siap je glaze ni adik2 boleh la ambil donut yang dh siap dan celupkan ikut kesukaan.
Lepas dah kering glaze tu nk celup dalam kopi dengan milo pun boleh ikutla korang.
Aku celupkan seluruh donut aku sampi berkilat seluruh surfacenye.
Ala2 macam plastik donut aku tau.
Tapi sori takda pic.
Tapi serius aku buat ok!
*Emo plak

Yeay dah siap.
Makan donut glaze dengan kopi o panas memang perfect!

Ok lepas tu aku kemas rumah mop lantai sebab xde orang kat rumah kan.
Husband pergi jalan dengan jiran beli barang rumah.
Nanti aku share dengan korang kedai yang husband ku ni pegi sebab sangatlaaaa berbaloi kalau pergi 
especially orang macam aku yang suke makan dan masak dengan bahan yang murah. Ihik
Hintnye ; Gyomu Super Horinouchi
Nanti aku story lagi ye kalau ada permintaan hihi

Oklah 
Nak cek emel and buat kerje skolah sikit.
Petang ni ada party dekat rumah sensei !

AAAa

Lupa nak habaq aku ada bawak rendang ayam.
Kalau nak tau resipi aku guna tak susah, aku cari je dari website 
My Kitchen 
dan 
Azlita Masam Manis tu

Menjadi rendang nyee.
Nanti akan diceritakan pasal party dalam next entry tau 

Harini rasa sangat cepat sangat, macam2 aku buat dari pkul 8 sampi pkui 1

1. Buat donut
2. Mop lantai
3. Cakap tepon ngan mak aku
4. Masak rendang
5. Sidai baju

Ada lagi aku xbuat ni list dia

To do:
1. Baca method GLMM guna R package nLME ( Haish yang ni yang paling penting sebenaqnya )
ok ni mungkin aku leh share nnti(banyak betul plan for entry aku ni hik malu betul)
2. Makan kat party

Thank you sebab korang baca entry kali ni sampai habis.
SWEET TAU KORANG NI.
oK JA
See you lateeeerrrrr.

Assalamualaikum!


Gambar2 ni exclusively brought to you by
www.ciktom.com
duduosum.com
childhood101.com
www.brooklynfarmhouse.com
Thank you guysss!



Sunday, December 21, 2014

I think I am back , eh

Banyak ni dalam otak aku sekarang.

Tapi bila nak tulis, 


Krek Krek Krek (Ini contoh bunyi cengkerik)



Yang pasti Allah, I love you endlessly.

Dah kenapa kau ni tiba2 nak curahkan perasaan kt sini pulak,
pi la sujud nuh doa lama2.

Yearrriteee!

But I can't help it. Banyak betul Dia dah bagi aku nih.
I really love You so.
I wish You keep me away from the Hell Fire and The Laknatullah DEVIL.

Sekarang life aku dah sooo much different dengan life entry yg last tu.
Yang aku cakap pasal Part time Job tu...

Harini aku nak develop new habit which issssssssssssss



W
R
T
I
N
G

B
A
C
K

I
N

T
H
I
S

B
E
L
O
G
!!!!!!!



Yeaaaayyy

This is for the sake of my future (future aper tu?? yang mana mungkin korang akan tau lepas ni atau x akan langsung sebab aku mungkin xtulis pn esok atau smpai bila2(hiiii)

So let see if I will be writing tomorrow.

Depa kata nak mula habit baru adala dengan mula dengan sikit2 tetapi secara konsisten.

http://www.huffingtonpost.com/2012/11/26/life-changes-how-to-create-habits_n_1970105.html

Haaaaa amek kau.
Klik link tu, mesti paham apa aku maksud saya sebenarnya (Skema Mud)
Kalau tak faham xpa, Guna google translate
Caranya:
Tekan first ayat inggeris yang hampa xfaham(ok2, hampa faham tapi sajala nak translate), lepas tu tarik mouse cari sampi ayat yang hampa xfaham.
Ha tekan situ smbil tekan button Shift. 
Haaaaaaa dah highlight kan?
Tekan copy -> Buka Google Translate -> Translate Bahasa Inggeris ke Melayu sekarang (Atau iye, mungkin bahasa yang lain kerana anda bukan melayu)
( bajet blog international )

Haaaa..
Faham kan..

Aku nk test tengok..
Esok aku emblog dak.
Lets see, mari kita cuba 5 entry. smpi Jumaat ni (27 Disember).
Hiiiiii 
Ketaiq aih.

Ok..

Nak review paper. 
Tp sebelum tu nak habiskan oreo strawberi ku yang sebelah lagi.
Reward aku sebab berjaya send entry ni.

Ok..


See you..

Assalamualaikum & minta maaf kalau terkasaq bahasa.

Tata


STAY TUUUUUUNEEEE!