Sunday, December 28, 2014

Cak oi

Assalamualaikum semua..

Harini hari cuti aku


Jadi bila cuti adala plan merepek2 aku memandangkan tak da aktiviti dengan kawan2 lain harini

Hari ni plan merepek aku adalah buat cakoi 

Senang ja nak buat cakoi untuk diri sendiri kalo takda niat nak bagi ke jiran atau kawan atau ibu mertua 

Ya, jika perlu bagi ke jiran atau kawan atau ibu mertua haruslah susah kerana tumpuan, ketelitian yang perlu dititikberatkan supaya hasil kerja anda superb lagi sedap lagi nak lagi.

Jadi ini resipi aku campur-campur dari youtube 
( sorryyyy tak ingat siapa punya resipi ~_~) tapi not bad insyaallah

Resipi cakoi ini memerlukan anda menulis dan berfikir 

Lah , sepa lak?

Ha sila tengok


Pertama , bancuh 2 sudu kecil yis anda dengan 1 cawan air suam selama lebih kurang sepuluh minit. Tengok blup blup bubble mesti ada.

Masukkan lima bahan( 5 sekawan) dalam gamba ni bersama

Gaul kan 5 sekawan bersama bancuhan yis tadi pastu letak tepi sat.

Dalam bekas lain ayakkan 4 cawan tepung gandum dan buatkan lubang .

Lubang tu untuk campurkan bancuhan yang letak sebelah tadi 

Gaul menjadi gumpal.
Boleh tambah tepung kalo lembik adunan anda itu.
Ini hasil gumpal setelah berhempas pulas.

Huh!

Lepas tu tinggai dia sat at least  dua jam.
Ha pastu wrap dia ye untuk perlindungan dari luar.

Ni si dia yang ditinggalkan selama 3 jam.

Lepastu amek si dia dan uli lagi.
Buatlah bentuk yang anda sukeee. Aku potong dorang ceni. Buat la line kat tengah tu guna lidi yang di basahkan.
( sori tak amek lak gambaq)
Nampakkan line tu? Stack kan dorang berpasang-pasangan
Jadi la berpasangan ceni


Ini bentuk hatiku untuk si dia yang mithali, Eh

Korang tinggalkan kejap sebelum goreng dalam minyak yang panas.

Yeaaa aku tau cakoi aku gelap sikit.

Janganla tengok lama-lama sangat.
Alaaa sedih hatiku tak jadi bentuk hati sangat.
Bentuk apa ntah.
Tak jadi bagi kat si dia mithali.


 Sajala nak share resipi ni dengan koraaang. Cubala yea. 

Tips goreng takmau hangit 
1. Jangan la goreng dengan api terlalu kuat lepastu pi mop lantai > basuh pinggan > jahit baju > tengok hasil goreng 
( maksudnyea jangan la wat keja lain sangat time tu).
Kalo nak multitasking pun, gunalah api berpada yea. 
Aku tau kita wanita kan multitasker hiii.


Assalamualaikum. 
Thank you sebab bacaaa.

No comments:

Post a Comment