Monday, March 21, 2011

part time job

Assalamualaikum..

korrranggggg..

Korang banyak duit tak?
Korang banyak duit tak sampai rasa macam nak je mkn KFC,MCD tiap ari dan takda masalah pon nak bayar yang masalahnya cuma dah bosan ja..

I tak macam tu..
I tak banyak sangat la duit sekarang ni huhu..
Napa eh?


Sebab tu la I skrg sibuk cari kerja part time yang boleh mengelakkan I dari pegi mintak kat ayah I duit tambahan untuk bulan2..
Malu tauu

I segan nak cakap perkataan tuuu
Huhu 

Jadi korang tahu dak cara nak cari kerja part time?

1.Type "Part time job" kat search engine korranggg
2.Jumpa!
Ha sila kerja sekarang

Ha dak aih ni kami nak buat lawak ha..
Top 3 website yang akan dijumpai adalah 


tiga website banyak pengikutnya jadi rasanya boleh dipercayai la..
Marilah kita bekerja kawan2

Ada macam2 kerja yang ada kat sini.Apa korang nk?

writing
modelling



berlakon
kerja menaip



macam2 jenis ada 
try la tengok ..Sapa kata sambil belajar tak boleh kerja..
Kan bagus boleh berbakti kat parents kita lagipun ok apa cara ni kan.
Tak payah nak mintak duit kat mak ayah kita lebih2 kan.
Be a grown up Man!

hehe

Tips cari kerja
1. Hantar email kepada bakal employer anda yala takkan kat makcik juai karipap.
2.Pastikan anda meletakkan tajuk "Writer Job Application"  instead of "Hello there" atau "Ada kerja kosong tak?"sebab mungkin disalah ertikan sebagai SPAM atau lebih dahsyat lagi menggambarkan kekurangan kebijaksanaan diri disana.(contoh kalau nak jadi writer)
3.Make sure no grammar mistake. Leh check pakai microsoft word or internet punya grammar corrector. Boleh juga suruh kawan yang terror english untuk chekkan.Tapi nanti kena bagi upah pulak jadi baik cara 1 dan 2 tadi. Yala takdak duit satu, malu pun satu jugak kan.
4.Make sure tak main-main nak cari kerja tu jangan ingat lepas ni korang leh berenti kalo dah tak mau dah
  tak baik kan. Bayangkan muka employer tu hepi gila ada orang nk bekerja tiba2 sedeh bila korang tiba2   
  nak berenti.
5.Niat yang ikhlas ye.Jangan sesekali mengamalkan prinsip aku ada ko ada?
6.ups lupa pulak yang pertama sekali korang kena check dulu website tu ramai orang tak.sebab takut dah penat wat kerja sebulan tiba2 korang tak dapat gaji. Wuwu nanti korang jugak yang sedih kan

Insyaallah

Sunday, March 20, 2011

Lagukugula

Assalamualaikum!

Hihi suka dengaq muzik dak?
 
Aku sangat suka muzik tapi malangnya jarang lagu yang aku sukai digemari rakan-rakanku..

Taktau pasepa

Selalu bila aku ajak depa dengaq lagu yang aku minat mesti akan berakhir dengan dialog seperti "er, lagu apa ni muna?","hehe emm ok la", atau pon sekadar senyuman yang panjang pastu tukaq topik. Terima kasih kawan2 ku sebab tak pernah pon depa cakap "oi! takda lagu lain ka nak dengaq?"
..Jadi terima kasihhhh..

Hehe
Aku suka dengaq lagu daripada filem yang aku suka sebenaqnya..
Macam sekarang ni aku tengah dengaq lagu dari noisettes never forget you..


Lagu ni diambil dari cerita Leap Year.
Yeah such a romantic  movie..
Banyak kali ulang tapi tak bosan lagi
Banyak sebenarnya lagu yang aku dah berjaya download dari BeeMP3 puncanya dari filem2 yang aku tengok hish teruk betoi kesan movie kat aku..

Takmau tengok movie dah la!


Hehe


Macam boleh



Filem yang buat aku download soundtrack nyea ada lah Harry Potter and the Chamber of Secret!!
Gila tak da taste dalam muzik!
Siap beli kaset soundtrack share dengan adik aku!
Gila betoi malu betoi pikiaq balik sebab lagu2 tu dahla mostly orchestra!
Hiii maluu

Antara soundtrack movie yang aku suka

angus thongs and perfect snogging




Lagu2 ni sebenaqnya banyak bantu aku untuk tahu dengan lebih tentang muzik dolu2,sekarang, orkestra, simfoni dan tak lupa juga dondang sayang (heh)

Kadang2 ada juga lagu yang buat aku tak ngantok dan semangat wat kerja sekolah (this is serius...not)

Ada juga lagu yang buat aku selak kamus untuk faham maksud dia

bagus jugak la muzik ni kan sebab kita boleh improve bahasa kan tapi jangan la dengaq rap ja sebab ......korang pon tau kan kadang2 banyak men&%^&%^# kan..

Pelik betoi la sapa yang tak suka dengaq lagu dari movie ni kan hana.
Adaka patot dengaq SuJu? hehe..

Tak salah dengaq muzik ni kan asalkan kita jangan lalai sampai lupakan tuhan kan..
Selamat mencuba dan selamat Beramal..

Wednesday, March 16, 2011

this is it



sekarang kena bertahan ja la ...


kan sya?
hehe

setan hang dok diam bleh dak?

Wednesday, March 9, 2011

Ribena ada aghak!

 Assalamualaikum!

Takut jugak baca ni tapi korang pikiaq sendiri la bila baca ni dan harap2 dapat dielakkan okeh!

BERITA TERKINI & TOLONG SEBARKAN.... ....

Kengkawan semua...ini berita penting yd anda semua ke BACA.....tolong
forwardkan kepada rakan-rakan yg lain.....

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada
paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

dipetik daghi website sioloon

lepas ni jangan beli air ribena ya(ya yang iklannya lemon dan anggur menari2 dan abby abadi ada anak comel yang suka menari)

Sunday, March 6, 2011

SEMANGAT!

Assalamualaikum yea ahli kubur,...(astagfirullahalazim)
Yala nnt kita masuk kubur apa?

Baiklah maafkan saya
Assalamualaikum kawan2

Minggu ni aku rasa macam orang-gila-tak-tentu-arah-buat-apa-pon-asyik-merepek-dan-cakap-merepek-dan wat-kerja-pa-pon-tak-senonoh-apa-nak-jadi-a-aku-ni..

Aku nak berubah!!! (oh please sya aku memang semangat kali ni ok)

Okay love before married is not allowed i get it!!

Friend that i love before married takkan takboleh..

Setelah baca blog kapel 4flat ni aku tiba2 rasa ai-jelesnya-aku-perfect-nak-mampoih-depa-dua-ni-takleh-nak-cacat-sikit-ka sori tapi memang btoi.. depa dua ni kapel yang sangat boleh dibanggakan sebagai anak malaysia..sangat perfect!
sama cantik sama pandai tau tak!!(taklah aku tak marah, jeles?hm ...)

Tiba2 aku rasa happy ngat tatau sepa .. pelek gak ..takpa la..
Sekarang aku takmau lagi dah tidoq ..
nak tunggu subuh wiiiii satgi ada keja mahu dibuat..


Thank U farah n kudin..Im happy for you guys mana baik jeles2 ni kan..
Sori zai u r my bestfriend ever!!
I luv u...

Tuesday, March 1, 2011

when?

ya Allah help me...

let me be strong to get through this...

Saturday, February 26, 2011

kris rob rob kris

Assalamualaikum!
Tadi dok librari aku dok pikiaq video apa aku nk download arini
huh! dok librari patut pikiaq benda yang nak kena baca la! bukan hiburan..
heish dok mana pon sama ja aku ni

jadi setelah aku berpikir dengan dalamnya aku telah berjaya membuat keputusan di sebelah sya yang masa tu tengah sibuk belajar untuk download video pelakon kegemaran aku di dunia!!

Kristen Stewart

Robert Pattinson


Yeah!!

First time tengok twilight aku dah melekat and asyik ulang ntah brapa kali tapi tak pernah jemu langsung!!
Oh stephanie Meyer! Hebat jugak hang ni yea..
Stephanie Meyer adalah penulis buku Twilight Saga ni yea..(Tolong jgn cakap tak pernah dengaq twilight!)

Okay takmau cerita tentang Twilight ni..

Aku nak cerita tentang betapa bahagianya aku bila tengok video Kristen Stewart and Robert Pattinson yang aku baru ja download ni..Banyak Gila!!(5) tapi puaih gila aku tengok ulang2 

aku suka tengok duadua ni btoi!

Tengok depa dua ni aku rasa sangat bahagia..




Harap sangat depa dua ni kapel luaq filem..





Please be together Kristen and Robert! 


Get married please and do not divorce!





Sekali lagi aku nak ulang yang aku sangat bahagia bila tengok Robert dan Kristen pandang satu sama lain dan bergelak sama-sama..



Bahagia sangat

Bagi aku depa ni macam bidadari dan bidadara haha (fine! kepada yang tak setuju)



twilight satu famili
I AM SO FANATIC!

Tuesday, February 22, 2011

hidup ku

apa hal lak nak cita kisah hidup ku kat korang btoi tak?

aku bukan suka cita kat orang pon kisah hidup aku

tapi

aku dah takda idea!

yang penting jangan buat apa yang aku buat ni






 Huhu bila la nak berubah !!

Saturday, February 19, 2011

anda boleh beranak? mari tengok ini!

assalamualaikum!

sorry atas title entry di atas yang bunyik nyak agak kasaq..
yang tak boleh beranak pon boleh baca jugak jgn malu..
arini entry pendek ja..
kerana saya pandai membahagi masa dengan baik saya tidak boleh tulis panjang2.. 
maafkan saya..

Saya nak berkongsi dengan anda tentang cerita ni 

For Colored Girls




Cerita ni takda action k sya (sya ni suka tgk cita action smpikan walopon cerita tu tak bes asalkan ada secebis action yang cambest pasti akan ditontonnya sepuas hati), tak romantik ya el (u el tak baca blog),takda dong hae yea hana and takda pit k tikah. 

Cerita ni menyentuh jiwa kita sebagai perempuan.

Selalunya bila aku ajak kawan2 tengok cerita kat bilik mesti akan jadi ending dimana kawan2 aku akan tidoq atas katil aku atau cakap "sedap aih cerita ni!takda yang lagi sedap ka?" faham kan maksud aku. Tapi bila tak ajak sibuk ja nak mai dok share kerusi nak tengok skali ..

Tapi tak kira aku still nak kalau boleh perempuan2 di luar sana tengok cerita ni..
Download la kalo nak hehe.
Kalo nak aku ceritakan pon boleh.
Kalo nak aku boleh lakonkan.
Kalo takpon mintak la kat aku bawakla pendrive.
Atau pon mai la tengok bilik aku.

Tengokla cita ni maybe akan wat kita berfikir.
Cerita ni maybe nampak boring but believe me its the demon inside you that wanna stop you from watching this.

Banyak moral values yang boleh kita dapat!

Laki pon boleh dapat moral values jugak ya


p/s: arini rasa menyesai tinggai ktho

Tuesday, February 15, 2011

ha maghah ni maghah ni

salah sikit muka sebek

salah sikit merajuk

salah sikit balas dendam 

where is your inner beauty?

kecantikan perempuan adalah apabila dia boleh senyum walopon yang sebenarnya kalo ikutkan nak ja jerit kat telinga orang yang dia tengah marah tu "bodoh ko tak sedar diri dengaq la cakap aku ^%$&^$$%(perkataan yang tidak comel)!" dengan microphone sampai berdarah telinga orang tu

ha senyum2
 padahai 

halusinasi dalam otak


Sabar okay

manada perempuan cantik nampak cantik masa marah

Perempuan tak cantik bila marah okay(ya ayat yg sama)


ha ghenyeh kn nmpak cantik skit


baiklah aku cuba takmau marah dalam masa 1 minggu (alah kalo marah sapa yang tau)

saya nak jadi penyabar huhu tolong!

Sunday, February 13, 2011

Tips Melancong 1

Taktau nak melancong macammana?
Mari saya ajarkan!

1. Rancang percutian anda bersama rakan2 yang suka melancong(ini penting kerana golongan ini selalunya yang akan bersemangat untuk melancong eg. wana hih)

2. Pastikan pakaian melancong siap dijahit 2 hari sebelum melancong(no last minute shopping kerana cara ini selalunya mendatangkan kerugian masa dan wang ringgit)

3.Pastikan anda ada kamera walopun kamera hp 0.2 mp untuk sesi fotografi di sana

4.Pakai kasut atau selipar yang selesa bagi mengelakkan ketidak selesaan atau pembaziran duit apabila terpaksa membeli selipar baru( eh taklah ajum muna tak cakap kat ajum tau)

5. Boleh pakai kasut yang tidak menyelesakan jika anda memang mahu beli kasut baru di tempat melancong anda itu

6.Pastikan anda mencari tempat money changer yang berlesen serta ada pasang kamera kat tempat tu(bagi mengelakkan penipuan bukan bagi tujuan fotografi)

Haha ini dulu sekarang saya mahu siapkan questionaire saya seperti shashu.
Pastikan anda membaca tips melancong 2 yang seterusnya.

Kita berjumpa lagi!

Thursday, February 10, 2011

oh lupa ka

assalamualaikum!

first time tengok nad tampai kuiz ni kat facebook aku cakap ah! aku mesti boleh punya! Rupa2nya aku pon pelupa huhu

Sekarang cuba korang check tahap alzheimer korang!

cUBA kira berapa F ada dalam ayat di bawah jangan scroll down selagi tak habis kira hokey?


FINISHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...
(SEE BELOW) 













Ada 3 ha...kalau dpat lebih korang memang genius!







Tak!
haha








Ada 6 Sebenaqnya...
Hebatkan betapa senangnya memori kita berpaling daripada kita?(ayat apa ni?)


TAHNIAH pada yang berjaya!

harap2 sampai tua kita macam ni hohaha!



bABai!
p/s: ari ni makan nasi goreng cili padi tapi tak sentuh pon cilipadi what the kan?

Beauty with otakotak


 Assalamualaikum (ya aku tak lupa)

Tadi ada doa tak untuk kawan2 kat mesir?
Takpa2 kalo telupa..
Sekarang cepat Berdoa!!


Ok Baiklah,Result teruk tak exam aritu?
Napa teruk?
O tak sempat belajaq sebab masuk kelab, banyak sangat meeting? Tak sempat stadi untuk tes sebb letih masuk wakil U?Sibuk tengok si Hyun Bin secret garden tu?

Kesiannnn…

Kepala Hot!!

Sapa kata sibuk aktiviti luar tak boleh stadi??(ya ini dialog untuk aku ja sebenaqnya)..(takpa jugak kalo korang nak rasa korang pon sama)

Banyak sangat artis yang kat luar sana yang sangat menarik hati aku untuk kenal depa dengan lebih dekat..Ramai sangat celebrity pompuan kat luar sana yang aku rasa sangat boleh dibanggakan dengan kejayaan depa sebagai seorang wanita..Diantaranya..

  • Hanis Zalikha  (ya I salute u donno y(o u don’t read my blog I fogot))
  • Emma Watson
  • Blake Lively
  • Oprah Winfrey
  • Julia Robert

Ni yang aku boleh ingat sebab setakat ni aku tengok kejayaan depa di intenet majalah n tv. Yang lain mesti banyak lagi Cuma tak da kesempatan nak baca..(sikitnya yang aku kenai upanya)

Lupakan populariti dan kecantikan diorang..
Sekarang aku nak highlight tentang Emma Watson sebab aku suka nama Emma and harap nak letak nama anak aku Emma.(boleh tak sebab  ni?)



Lahir 15 April 1990
Membesar di Perancis sampai umur 5 tahun..
Tapi setelah mak ayah dia bercerai dia dan adik lelaki dia ikut mak dia ke Oxford dimana disitulah bermulanya minat dia terhadap bidang seni. Dia masuk sekolah seni dan belajar menyanyi ,berlakon dan seni. 

Tau kan dia berlakon cerita apa?
Harry Potter

Dengan Rupert Grint main watak Ron 
Dengan Harry Potter tapi napa laki ni pon nampak cantik?




Nilah first filem yang dia berlakon(dan first film yang aku masuk tengok wayang).Kata orang pertama kali dia g temuduga untuk filem tu J.K.Rowling, penulis buku Harry Potter dah berkenan gila dengan dia. 

Filem HP yang first memang sgt boxoffice la kan dan paling hebat jualan untuk 2001. Emma ni semakin laku lepas filem ni tapi dia banyak concentrate untuk filem ni ja dan dia dikatakan stole the show sebab bakat dia berlakon sangat mengagumkan!Semua ni berlanjutan sampai la sekarang Harry Potter7. 

Penggambaran untuk HP dah habis cuma tak ditayangkan ja lagi Part2 HP7. Emma siap cakap lagi dia tak perlu cari duit dah kot and boleh concentrate untuk stadi dia sebab estimate gaji yang dia dapat untuk HP adalah 10juta dollar!(ada plus of course)
Gila kan?(o ok korang pon ada 10juta ye)

Bayangkan dengan semua populariti dia ni,Emma still lagi nak belajar and masuk universiti. 

Sepanjang penggambaran HP semua pelakon penting dikatakan diberi masa belajar selama lebih kurang 5jam sehari dan masa ni digunakan sepenuhnya untuk belajar bagi Emma. Dia ni memang top student dan pelakon lain sangat kagum dengan kehebatan dia sebab bukan ja bagus dalam stadi tapi bersukan pun terer! Siap main hoki and tenis lagi dan sangat terer kata pelakon lain! Peperiksaan yang terakhir dia amek dia dapat 8A* dan 2A mungkin macam SPM kita. 

Katanya dia dapat offer dari banyak universiti termasuk Yale tapi last skali dia pilih Brown U. Tupun dia takmau heboh kat media dan rancang nak buat kejutan tapi terspoil bila ada pelakon tersalah cakap dan bagitau media.

Dikatakan bakal menggantikan Keira Knightley untuk muka Chanel tapi sekarang dia jadi model Burberry.

BURBERRY komersial

Huhu hebatla ko ni Emma.



Emma ni sangat merendah diri cuma dia sukala nak pakai baju yang branded sebab dia mampu kan. Dia cakap dia nak masuk U sebab dia boleh berpeluang ada hidup yang normal dan mempunyai kawan yang ramai sebab dia tau kepentingan hidup bersederhana. Baik kan. 

keluar tak pakai mekap pon

Harap2 ko nampak keagungan Islam wahai Emma ya la ko kan bijak mesti nampak betapa hebatnya Islam! (macam Emma tengah baca ja)


Macammanala Emma boleh uruskan masa dia ? Stadi lagi show lagi macammana la dia buat… Aku takmau pike yang dia gifted ka apaka.Bayangkan, masih lagi boleh kekal humble dengan semua kemewahan yang dia ada. Nak jadi macam ko Emma.(cey ada hati jugak)

Babai heh

p/s kita pon boleh buat punya lah!  aja aja!