Thursday, January 27, 2011

oh jepun!

Rasanya impian nak ke jepun aku n kawan2 terutama muni dah retak skit la bila dengaq info dari sensei tentang reality taraf hidup orang jepun huhu mana mungkin kami dapat cari sponsor sampai 5 ribu( yap 5 ribu SAORANG!)
Huhu teringin sangat nak g jepun memandangkan depa ni contoh teladan Asian yang bagus tak macam penjuai2 kt pasar borong di Beijing kan cecep?(ya aku tak penah pegi Beijing aku dengar ok? )ni berdasarkan pengalaman kawan2 aku..
But its ok forget about that 
Tapi ari ni aku agak termesmerize dengan orang jepun berdasarkan cerita sensei tadi ( cikgu jepun aku yang nak sambung phd tapi xterlaksana lagi sebab kena ajaq kitorang kot) Learning by living maybela yang aku boleh cakap secara kesimpulan. 

Korang tau tak?(mata aku tengah besar sekarang)

Betapa mudahnya kita bila boleh stadi kat U di Malaysia ni berbanding jepun. Korang tau kan yang jepun sekarang mempunyai populasi yang tak seimbang dari segi tua dan muda? Orang tua lagi ramai dari baby!
So tak macam kita bila ada sorang baby lahir diorang akan terjah dengan excitednya sambil jerit "mana baby tu! mana baby tu!".(ya ini halusinasi) ini adalah karena taraf hidup mereka yang sangat tinggi sehingga katanya harga untuk sehari adalah RM100 (ni btol2! aku tak halusinasi la wana) so macammanala tak mahal harga nak ke jepun kitorang. Duit untuk seorang anak adalah sangat tak tertanggung oleh parents kat sana sebab tu tak ramai ada anak kat sana.. Belajar dari kindergarten ke primary school ke high school sampai ke universiti semuanya kena ada matlamat takleh main2 huhu sebab peluang nak masuk U diorang ni mmg susah sebab ada test sebelum boleh masuk sana kalo tak lulus ha duduk umah la ekau! So bila nak msuk U kan tak confirm lagi dpt ke tak kan so diorang ni kena amek test untuk seberapa banyak U yang ada la kan tak kan nak try satu ja kan. Ha tgk la berapa banyak U depa ada kat sini. Ha baru korang tau berapa lama korang nak kena scroll down.

So senang la jugak kita ni kan nak masuk U kan..Beruntung la kita ni..Tapi lagi satu aku termesmerize gak ngan cita tentang cara depa belajar di kelas tadika..So cute!!
Dalam kelas kanak2 ni takda kerusi and meja. Kata cikgu aku mesti orang Jepun akan tekejut dan terus nak balik gila kalo depa tengok tadika kita sebab terlalu strict and berpandukan buku sangat. Betoi! aku stuju ni..Aku takmau lagi ingat zaman aku kena marah dengan cikgu sebab tak reti eja lidi (ya,lidi cecep). Learning is suppose to be fun right? Dialog dalam kelas tadika jepun adalah macam ni okeiii..




Sori tentang dialog ni tak mungkin depa akan cakap macam ni sebab mcm korang semua tau la depa kan sangat sopan.In every little things depa ni sangat humble,hormat-menghormati and sangat lembut kan.

Ada kindergarden kita camtu?(ok fine aku punya ja) So bila dah wat layang2 tu nanti cikgu depa ni akan cerita la kisah tentang layang2 and then ajar cara eja layang2, kira berapa banyak layang2 yang terbang ha macam tu. Learning process run smoothly with the children enjoying themselves. Baru bes macam tu kan. Sekolah diorang pulak cikgu sama akan mengajar dari pagi sampai petang and you know what?(mata besar lagi) Nak jadi cikgu di Jepun perlu ada 2 asas penting IAITU
  • boleh berenang
  • boleh bermain at least satu alat muzik
Hebat kan? So that generasi diorang terdiri daripada golongan kreatif..Huhu Malaysia please jadi camni..Sian anak2 aku nanti penat ooo bawak buku berat p sekolah nanti(ada kena mengena ka ni?)Yep ada. Budak Jepun bawak beg yang sama untuk 6 tahun ok.Faham napa? Sebab tak payah bawak buku banyak n berat pegi sekolah haa.Nak anta anak belajar kat jepun lah. 
Lagi satu kan aku selalu perasan yang jiwa aku akan terusik bila lepas tengok cita jepun(aku taktau nak cakap cena).Cerita dari Jepun selalu ada moral of the story yang boleh diambil ikhtibar and cerita depa ni tak bawak men buat ja mesti ada maksud tersirat. So bagusla tengok cerita Jepun.

Aku tengok filem ni bukan sebab takuya kimura la
 

Tapi sebab cerita ni 1st Japanese movie yang aku tengok and sangat menyentuh air mata
aku juga suka sebab hanya dua saat shj diperlukan untuk lukis bendera jepun

ayumi hamasaki thank u sebab ajaq i menari

adik i
ok ok
aku memang suka dia
Takuya kimura I still love u!

I really wish I could step on you bebeh…
(Jepun la)

No comments:

Post a Comment